Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Sunday, May 31, 2009

ZAHRUL NIZAM IDAM SARUNG JERSI KELANTAN


Zahrul Bintang Baru Bakal Menggegar


Susuk tubuh yang kecil bukan penghalang buat Wan Zahrul Nizam Wan Zakaria untuk meneruskan impian untuk bergelar pemain bola sepak professional. Mesra dengan panggilan “Pok Chek”, anak muda dari Kampung Kebakat, Wakaf Bharu terus menanam azam untuk menyarung jersi skuad utama kelantan suatu hari nanti.


Mula bermain bola sepak sewal usia 10 tahun, sewaktu menuntut di Sekolah Kebangsaan Kebakat, Wakaf Bharu. Bakatnya semakin berkilauan sewaktu mewakili Sekolah Menengah Wakaf Bharu. Atas kecemerlangan yang dipamerkan sewaktu mewakili sekolahnya, beliau telah berjaya terpilih untuk mewakili pasukan kelantan di Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).


Berbekalkan bakat yang dianugerahkan serta kesungguhan , beliau sekali lagi terpilih untuk menabur bakti bersama skuad Piala Belia selama dua musim 20007-2008. Tahun 2008 merupakan tahun paling bertuah buat dirinya apabila membantu Kelantan layak ke perlawanan akhir. Walaupun tidak beraksi di pentas final, ekoran layanan kad merah pada aksi separuh akhir sudah cukup gembira buat dirinya untuk terus menabur bakti bersama Kelantan.


Aksi cemerlang yang dipamerkan sewaktu membantu skuad belia muncul juara telah berjaya memikat pihak pengurusan Piala Presiden. Kehadiran beliau ke kem Skuad Piala Presiden dilihat sebagai tonik baru bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Zamri Ramli.


Wan Zahrul yang bermain di posisi sayap kanan melahirkan rasa gembira kerana minatnya mendapat sokongan penuh dari rakan-rakan seperjuangan dan keluarganya yang tidak putus-putus memberikan semangat.


Untuk tahun ini, Zahrul meletakkan harapan untuk membantu skuad Kelantan muncul juara piala presiden. Walaupun perjalanan masih jauh, namun beliau menanam tekad agar impian tersebut dapat direalisasikan.


Pemain yang meminati Indra Putra ini memberitahu, beliau bercita-cita menjadi pemain professional pada masa hadapan dan berharap dalam menyarung jersi skuad utama kelantan dan Malaysia suatu hari kelak.

No comments: