I made this widget at MyFlashFetish.com.

Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Wednesday, December 2, 2009

SISIPAN ANAK MUDA BUAT TOK GURU



Tahniah penulis ucapkan buat Tok Guru MB Kelantan kerana tidak mudah melatah dengan isu-isu yang melanda mutakhir ini. Berbekalkan latar belakang agama yang kukuh dan sifat perjuangan islam yang menebal dalam diri tok guru telah membuktikan bahawa beliau bukan calang- calang pemimpin.


Hasilnya terbukti apabila tok guru disenaraikan sebagai individu yang ke 42 paling berpengaruh dalam dunia islam. Bukan mudah untuk mendapat pengiktirafan yang sedemikian rupa dari dunia, khususnya dunia Islam. ( Rujuk Akbar Harakah)


Penulis selaku golongan muda melahirkan rasa kagum pada diri tok guru. Walaupun hampir setiap hari diserang bertubi-tubi namun tok guru tetap tenang dan rileks dama menjawab semua isu dan tuduhan yang dilemparkan keatas dirinya. Bermula dengan isu Kafir mengkafir, Tuhan Samseng dan yang terbaru Doa Bala untuk Perdana Menteri dan isu menantunya di Perbadanan Menteri besar dan isu tajaan haji, tidak sedikit melemahkan semangat perjuangan tok guru.


Walaupun ramai yang mendesak tok guru berundur dari menerajui kelantan, berikut dengan isu tersebut, namun tidak bagi rakyat Kelantan. Kejayaan 19 tahun menerajui kelantan tanpa rasuah telah membuktikan kewibawaan dan kekuatan yang ada pada tok guru.


19 tahun tok guru memimpin kelantan, rata- rata rakyat hidup makmur dan bahagia tanpa sebarang kekacauan. Berbekalkan dengan pemerintah syariat islam, kelantan terus memacu pembangunan di bawah kepimpinan seorang tok guru.


Dasar membangun bersama Islam yang diperkenalkan telah mula menampakan hasilnya dimana aspek pembagunan sahsiah dan kerohanian seiring dengan pembagunan duniawi.

Begitulah hebatnya kepimpinan tok guru.


Walaupun diawal pemerintahan tok guru dulu, ramai yang meramalkan bahawa tok guru hanya mampu memerintah hanya tiga bulan sahaja, tetapi hari ini, tok guru telah berjaya memimpin kelantan hampir 19 tahun..


Syabas kepada tok guru..


"Menerajui Perubahan, Mencapai Keberkatan"


HARGA BOLA TIKET NAIK ???


Baru - baru ini penulis telah berkesempatan untuk bersama- sama hadir dalam satu majlis ringkas bersama dengan ahli majlis tertinggi Persatuan Bola Kelantan ( KAFA ).

Pertemuan tersebut telah berlangsung disebuah hotel yang terkemuka di Kota Bharu dan dihadiri oleh barisan tertinggi dan anggota unit media dari Kelab Siber Penyokong Bola Sepak Kelantan ( kelate.net).

Pada pertemuan tersebut, pihak pengurusan tertinggi KAFA memaklumkan bahawa, pihak Pengurusan KAFA telah menutuskan untuk menaikkan harga tiket iaitu Terbuka dari Rm 10 kepada 12 iaitu pertambahan sebanyak RM 2, manakala astaka dari RM 20 kepada 25 untuk semua perlawanan Liga Super dan Perlawanan Piala Fa & Piala Malaysia.

Sekiranya pasukan kelantan layak ke pusingan kalah mati harga tiket akan dinaikkan dari harga asal RM 12 Terbuka kepada RM 15 dan RM 25 Astaka Kepada RM 30.

Kenaikkan harga tiket ini pada pendapat penulis pasti menimbulkan rasa kecewa dikalangan peminat. Pasti ramai yang akan melemparkan kata- kata kejian dan cacian terhadap pihak pengurusan KAFA.

Disini penulis ingin mengajak senuah para peminat setia kelantan berfikir sejenak sebelum melemparkan kata- kata yang kurang enak buat KAFA. Bukan niat penulis untuk mengampu pihak KAFA, tetapi cuba kita renung kenapakah KAFA berbuat demikaian.

Semuanya berpunca dari sikap penyokong sendiri. Disebabkan aga segelintir penyokong yang nakal telah menyebabkan kantung kewangan KAFA hamper kering ekoran dari kejadian rusuhan di Kota Bharu pada 7 April 2009 dan terbaru kejadian rusuhan penyokong pada perlawanan akhir Piala Malaysia bulan lepas. Hasil dari kedua- dua kejadian ini menyebabkan kantung kewangan KAFA hampir kering disebabkan oleh kenakalan penyokong.

Berdasarkan rekod yang dikelurkan, untuk musim ini sahaja hampir setengah juta kelantan dikenakan dengan oleh Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) diatas kedua-dua kejadian tersebut. Keadaan ini menyebabkan kelantan terpaksa menanggung kerugian yang besar.

Jadi pada pendapat peribadi penulis, jika harga tiket dinaikkan janganlah kita menunding jari keatas pihak KAFA, bukan salah KAFA, tetapi segalanya berpunca dari sikap kita sendiri. Kenaikkan harga tiket pada musim depan adalah bertujuan untuk KAFA mengumpul sumber kewangan yang kukuh untuk memastikan pasukan kesayangan kita dapat terus beraksi dalam saingan untuk musim seterusnya.


JASAMU DI KENANG, TERIMA KASIH ANUAR MUSA


Anwar Pencetus Revolusi Bola Sepak Kelantan

( Gambar Ehsan Utususan Malaysia)


“ Berakit Rakit Dahulu, Berenang Renang Ketepian,

Bersakit- sakit dahulu, Bersenang- senang kemudian”


Itulah mungkin perumpamaan yang tepat, boleh dijadikan gambaran buat Tan Sri Anuar Musa (TSAM) dalam menguruskan bola sepak Kelantan.


Bukan mudah untuk menguruskan sebuah pasukan bola sepak. Dari sebuah pasukan kerdil yang penuh dengan pelbagai kontroversi, tetapi kini sudah mampu berada sebaris dengan pasukan elit tempatan. Bak kata pepatah “ Berdiri sama Tinggi, Duduk sama rendah”.


Tetapi itulah kelebihan yang dimiliki oleh pasukan kelantan. setelah sekian loama berada dalam zaman gerhana, tetapi semuanya telah berubah sejak tampuk kepimpinan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) diambil oleh seorang yang cukup berpenglaman dalam bidang pengurusan iaitu TSAM.


Kemasukan TSAM kedalam saf kepimpinan KAFA telah membawa angin perubahan atau “Wins Of Change” buat pasukan kelantan. bermula dengan penjenamaan semula pasukan dari Skuad Kijang ke “ The Red Worriors @ Wira Merah” telah berjaya mengangkat kembali reputasi pasukan kelantan sebaris dengan pasukan elit dalam saingan Liga Malaysia dan sudah mula menjadi sebutan serta ancaman buat pasukan jiran seperti Terengganu dan Pahang.


Tahun 2009 merupakan tahun kebangkitan semula pasukan dari Pantai Timur. Bermula dengan tindakan berani TSAM yang telah berjaya memancing beberapa nama besar dan berstatus bintang dalam bola sepak Malaysia seperti Indra Putra, Ahmad Azlan zainal, Khalid Jamlus, Daudsu Jamaluddin, Nor Farhan serta Che Hisamuddin Hassan. Kemasukan bintang kedalam pasukan kelantan telah menghadirkan gerun buat pasukan lawan.


2009 Kelate Loni Tok Supo Mulo. Mungkin itulah perumpaan yang paling teapt untuk ditujukan buat pasukan kelantan. sepanjang tahun 2009 menyaksikan pelbagi kejutan yang telah dicipta oleh pasukan jagooan Pantai Timur ini. Bermula dengan tampil menjadi salah satu pasukan terkuat dalam saingan Liga super. Kebangkitan kelantan mula diperkatakan oleh semua pihak.


Kejutan terbesar yang dilakukan oleh kelantan ialah mempamerkan aksi cemerlang untuk layak ke pentas akhir buat kali pertama dalam saingan Piala Fa. Kejayaan tersebut telah menamatkan kemarau pemiant untuk melihat pasukan kelantan kembali beraksi di pentas final. Diikuti dengan peampilan sulung buat kali pertama di pentas akhir Piala Malaysia, sedikit sebanyak telah mengubat kerinduan peminat untuk melihat kelantan ke perlawan akhir selepas 39 tahun menanti.


Walaubagimanapun hasrat untuk melihat kelantan membawa pulang sekurang-kurang satu piala musim ini terkecai apabila tewas pada kedua- dua perlawanan akhir tersebut iaitu kepada Selangor (Piala Fa) dan Negeri Sembilan ( Piala Malaysia).


Kejayaan kelantan bagkit dari zaman gelapnya telah berjaya mencipta epic dan sejarah baru buat sukan bola sepak kelantan. kejayaan ini hadir hasil ketelusan TSAM dan ketekunan saf kepimpinan serta pengurusan KAFA yang tidak jemu-jemu berusaha megembalikan zaman kegemilangan bola sepak kelantan yang telah sekian lama dilanda gerhana.


Kejayaan skuad Kelantan hari ini tampak manis dengan sokongan padu peminat setia yang tidak jemu memberikan sokongan buat pasukan. Sokongan luar jangka peminat kelantan telah memberikan impak besar buat bola sepak kelantan serta menjadi tunjang kejayaan pasukan dan telah berjaya merubah iklim bola sepak Malaysia amnya.


Sikap fanatik penyokong setia merah putih ini hadir bukan ketika kelantan berada dikemuncak sahaja, tetapi sebaliknya. Sokongan dari pemiant setia kelantan sudah pun menjadi tradisi dalam bola sepak kelantan dan telah menjadikan Stadium Sultan Muhammad Ke IV sebagai “ Laluan sukar buat pasukan lawan untuk mendapatkan kemenangan”.


Kebanjiran penyokong setia kelantan yang memakai warna ramsi pasukan merah telah memberikan igauan buruk buat setiap pasukan lawan yang berkunjung ke kota bharu. Di tambah lupa dengan laungan “ Gomo Kelate Gomo” gan “Gol..Gol..Gol” pasti dijadikan amizat buat para pemain untuk mempamerkan aksi terbaik buat peminat setia.


Akhir kata, saya mewakili seluruh rakyat kelantan mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah buat TSAM dan pengurusan KAFA yang telah berjaya mengembalikan semua imej bola sepak kelantan.


Pastikan tahun 2010 sebagai Tahun Bola Sepak Kelantan.

Tuesday, December 1, 2009

KHas UNTUK TOK GURU


Tok Guru Ambo

Walaupun apa jua gosip yang melanda diri dan kepimpinan Tok Guru sebagai MB Kelantan penulis tok heran. Ini lah yang penulis mampu luahkan sebagai tanda sokongan moral buat tok guru...



2 Dalam Satu : MB Kelantan & Ulamak


Kawe raso banggo jadi rakyat Tok Guru

Duduk mana-mana semua orang tahu

Ramai pakat kato Tok Guru Pemimpin No.1

Pada rakyat jelato Tok Guru suko ambik tahu


Kawe raso banggo jadi rakyat Tok Guru

Seorang pemimpin tempat rakyat tupe ngadu

Bersikap terbuka tangani semua isu

Rakyat hidup seleso, aman damai bersatu padu


Membangun Bersama Islam dasar dijunjung

Agama islam, agama disanjung

Negeri Kelate tanah beruntung

Jadi sebutan seluruh semenangjung


Tok Guru baik hati semua rakyat suko

Disanjung tinggi tok kiro tuo mudo

Tok Guru berbudi rakyat Kelate berbahaso

Itu lambang kasih sejati, itu tando taat setio


Ramai oghe kenal Tok Guru Kito

Hidup sederhano, pandai pulop bekecep kiro,

Kawe ni gak tupe raso banggo,

Lalu kawe jawab tu lah dio Tok Guru Kito


Negeri Kelate, Negeri kebajike

Kota Bharu pulop Bandaraya Isle

Mari kito sokong mari kito pege

Semogo Tok Guru terus perintoh Kelate

SEKADAR BERKONGI : SATU HARI DI HARI RAYA



Semoga Ibadah Korban Kita Di Berkati


Berlalulah sudah sambutan hari raya korban ataupun hari raya haji. Alhamdulillah syukur kehadrat illahi ku panjatkan kerana dengan limpah dan kurnianya penulis masih lagi diberikan kesempatan untuk meraikan perayaan tersebut.

kedatangan hari raya haji tahun ini amat cukup bermakna bagi penulis. Hal ini kerana buat kali pertamanya penulis diberikan kesempatan untuk melakukan ibadah korban. Tambah manis ibadah korban tahun ini, dilakukan hasil dari titik peluh penulis sendiri. Alhamdulillah sekali lagi penulis panjatkan kepadaNya kerana dengan limpah kurnia rezeki yang diberikan dapatlah penulis bersama-sama ahli keluarga menunaikan ibadah tersebut.

Penulis sentiasa berdoa agar terus dimurahkan rezeki dan dapat menunaikan ibadah korban tersebut pada tahun depan. Amin...

Semoga ibadah korban yang penulis jalankan ini diterima olehNya..

Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA ADILADHA




SELAMAT MENYAMBUT DARI RAYA AIDILADHA... MARILAH SAMA-SAMA KITA MENGHAYATI KISAH DISEBALIK HARI
KEBESARAN INI.
BAGI MEREKA YANG MELAKUKAN IBADAH KORBAN, SEMOGA IBADAH KORBAN ANDA DITERIMA OLEH-NYA AMIN.

Saturday, November 21, 2009

RAMUAN TERBAIK KELANTAN 2010




Nor Shahrul Idlan Menjadi Taruhan Kelantan Untuk Musim 2010


Kekalahan dipentas akhir Piala Malaysia tempoh hari terus dilupakan dari lipatan sejarah, apabila gergasi baru Pantai Timur iaitu kelantan tampil dengan persiapan lebih awal bagi menghadapi musim 2010.


Setelah berjaya memancing nama-nama besar berstatus bintang pada musim lepas seperti Indra Putra, Khalid Jamlus, NorFarhan, Daudsu Jamaluddin, Ahamad Azlan Zainal dan Che Hisamuddin Hassan, jagoaan pantai timur ini tampil dengan tujuh lagi muka baru, yang rata- ratanya berstatus bindang bagi memantapkan lagi pasukan sebelum sepak mula liga super dimulakan awal januari depan.


Tujuh muka baru yang telah mengesahkan kehadiran mereka untuk menyarung jersi keramat merah putih ialah Nor Shahrul Idlan Talhah (penyerang), Akmal Rizal Ahmad Raqli ( Penyerang), chanturu s/o Supiah, Syed Adney Syed Hussin ( Penjaga Gol), Azizi Mat Rose (Pertahanan), Shakir Sa’ari (Tengah) dan S. Subaramanian (Pertahanan).


Kehadiran tujuh muka baru ini, dilihat mampu merealisasikan hasrat pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang mahukan sekuarang- kuarang 2 Piala dan berada di kelompok teratas dalam saingan Liga musim depan.



Kehadiran penyerang kebangsaan Nor Shahrul Idlan dan bekas penyerang kebangsaan Akmal Rizal serta pemain lincah dari skuad Harimau Kumbang Chanturu dilihat mmapu mempertajamkan lagi jentera penyudah kelantan. ketajaman penyudah Nor Shahrul Idlan pasti ditagih oleh peminat setia skuad wira merah. Ketiga-tiga pemain tersebut akan bergandingan dengan peledak berbisa kelantan iaitu Nor Farhan, Indra Putra dan penyerang licik Che Hisammuddin Hassan.


Menyedari kelemahan ketara dibahagian jentera tengah, skuda wira merah telah berjaya mendapatkan semula khidamat bekas pemain skuad Piala Presiden iaitu Shakir Sa’ari (MyTeam) untuk digandingkan bersama Mohd Badri Radzhi, dilihat mampu memberikan impak buat jentera tengah. Kemampuan serta kepakaran yang dimiliki oleh Shakir sememangnya ditagih oleh kelantan bagi merencanakan corak di bahagian tengah kelantan yang dilihat agak tenggelam sebelum ini.


Kelemahan ketara di posisi pertahanan telah memaksa pihak pengurusan kelantan melakukan rombakkan apabila membawa masuk beberapa pemain berpengalaman untuk memperkuatan bahagian pertahanan. Antara muka baru tersebut ialah Azizi Mat Rose (perils) dan S. Subramaniam (Perak). Kemasukan pemain ini mampu membentuk barisan benteng yang ampuh bersama barisan sedia ada seperti Mohd Farisham, Rizal fahmi, Azlan Zainal, Zamri dan beberapa orang pemain yang berpengalaman.


Kemasukan Syed Adney ke kem kelantan menyaksikan penjaga gol veteran Mohd Halim Napi disingkirkan dari skuad kelantan. penyikiran tersebut bagi memberikan peluang kepada Halim untuk menjawat jawatan sebagai jurulatih penjaga gol. Pemilihan Halim sebagai jurulatih penjaga gol sememangnya tepat berdasarkan pengalaman dan kreadibiliti beliau sebagi bekas penjaga gol kebangsaan.


Untuk saingan musim 2010, kelantan masih lagi mengekalkan B. Sathianathan sebagai ketua jurulatih manakala Hashim dan Sidiq sebagai pembantu jurulatih. Percaturan dan ramuan berbisa sathia pasti ditagih oleh para peminat untuk memastikan impian dan cita-cita rakyat kelantan dan pengurusan KAFA tercapai untuk mendakap dua piala musim hadapan.

Selain itu, kelantan juga membuat sedikit rombakan apabila menggugurkan bekas penyerang veteran kebangsaan iaitu Mohd khalid Jamlus.


Berdasarkan ramuan ini, penulis melihat inilah ramuan yang terbaik yang pernah dimiliki oleh pasukan kelantan. ramuan ini dilihat mampu memberikan impak yang besar buat pasukan kelantan untuk musim hadapan.


Pesanan saya untuk para pemain, selamat berjuang dan selamat maju jaya.